Friday, January 8, 2010

TENAGA KERJA SABAH











1)
PENGENALAN

Jabatan Tenaga Kerja Sabah bertanggungjawab dalam menyiasat dan menyelesaikan aduan-aduan yang diterima dari pekerja di Sabah. Aduan yang diterima boleh dikategorikan kepada 2 jenis:

(a)

Kes Aduan Pekerja

Kes aduan tentang pelanggaran terma-terma dan syarat-syarat penggajian yang tidak melibatkan tuntutan kewangan seperti, pembuangan kerja, cuti, masa bekerja, penganiayaan, penggajian pendatang tanpa izin, dan lain-lain.

(b)

Kes Tuntutan Pekerja

Kes aduan yang melibatkan tuntutan kewangan seperti, gaji, bayaran gaji ganti notis, pemberhentian kerja, bonus, komisen, faedah-faedah pemberhentian kerja. kenaikan gaji dan sebagainya

2)
PENGENDALIAN KES ADUAN PEKERJA

(a)

Senarai Semak

• Pengadu perlu mengemukakan alamat penuh majikan.• Salinan surat perlantikan atau tawaran pekerjaan.• Salinan terma-terma dan syarat-syarat am perkhidmatan pekerjaan.• Dokumen-dokumen lain yang berkaitan.

3)
PENGENDALIAN KES TUNTUTAN PEKERJA

(a)

Senarai Semak

• Pengadu perlu mengemukakan alamat penuh majikan.• Salinan surat perlantikan atau tawaran pekerjaan.• Salinan terma-terma dan syarat-syarat am perkhidmatan pekerjaan. • Dokumen-dokumen lain yang berkaitan.

4)
BORANG

(a)

Borang Aduan Pekerja

(b)

Borang Tuntutan Pekerja

SUMBER KLIK DISINI


No comments:

Post a Comment